Yana Samsudin Mahu Berhenti Berlakon Selepas Berhijab?

Yana Samsudin Mahu Berhenti Berlakon Selepas Berhijab?


Ramai peminat yang gembira apabila Yana Samsudin yang mengambil keputusan untuk bertudung selepas berkahwin. Tetapi ada pula 'cakap-cakap' yang mengatakan Yana mahu berhenti berlakon selepas berhijab?

Menurut Yana, dia memang tiada niat untuk berhenti berlakon. Cuma untuk waktu sekarang dia mahu fokus kepada bidang pengacaraan dan nyanyian sahaja.

Menurut Yana juga, selepas berhijab ini, dia akan lebih selektih di dalam memilih watak kerana mahukan peranan yang sesuai dengan imejnya yang berhijab kini.

Tahniah Yana. Kita doakan semoga Yana terus istiqamah dengan penghijrahannya ini.



0 Response to "Yana Samsudin Mahu Berhenti Berlakon Selepas Berhijab?"

Post a Comment