Ketahuilah ramai diantara kita yang mengupload berbagai cerita di laman sosial terutama facebook. Secara tidak langsung akan mendatangkan riak dengan menunjukkan barang-barang anda ataupun apa saja.
Jom kita lihat apa yang dikatakan riak ataupun sikap menunjuk-nunjuk di laman sosial ini.
Pertama:
|
Gambar hiasan |
Mengupload gambar anak sedang tidur dengan kapsyen 'alahai sian nya anak mak tidur atas sofa. Tetapi gambarnya lebih kepada gambar sofa baru dan perabot yg baru dibelinya.
Kedua:
Tak henti-henti mengucapkan syukur.
Alhamdulillah atas rezeki kurniaan Allah. Bukan apa pun saja nak tunjuk yg dia tue dah banyak duit dan makin kaya. Buat jer sujud syukur dan banyakkan bersedekah abis cerita kan?
Ketiga:
Alamak jalan jem nie. Gambar upload dekat stereng je yang lebih. Kalau tak nampak gambar stereng nanti orang tak tau pulak apa jenis kereta kita pakai kan? Orang yang pakai ferrari pun tak buat macam tue.
Keempat:
Bila dah sampai rumah balik dari shopping. Kapsyen 'adusss letihnya berjalan-jalan ari nie dah la ramai orang shopping'. Kapsyen dan gambarnya adalah beg plastik yang baru beli brand gucci, LV, prada dan mcm2 lagi la yang mahal2 belaka.
Kelima:
|
Google Image |
Upload gambar selfie dengan muncung tajam la tak pun dengan riak wajah yang ntah apa-apa ntah. Lepas tue adalah kawan-kawan komen 'awak still nampak comel' Hmmm... Kembang hidung dengar pujian orang kan?
Keenam:
|
Google Image |
Tahniah kepada anakku kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang. Upload gambar result sekali tue. Pergghhh memang saja nak tunjuk ke apa arr??
Jika keenam-enam diatas ada pada diri kita semua maka berusahalah mencegahnya. Ingatan ini bukanlah ditujukan kepada sesiapa tetapi ianya adalah peringatan kepada semua pembaca dan juga admin sendiri.
Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
"Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak." (Surah Al Maun : ayat 4-6)
0 Response to "6 Jenis Riak Dan Sombong Di Laman Sosial."
Post a Comment