Talak antara penyanyi Awie dan Rozana
Misbun akhirnya gugur selepas wanita itu berjaya mendapatkan tuntutan
fasak secara taklik dari pejabat Majlis Agama Islam, Songkhla, Thailand
pada 1 November 2014.
Rozana, 36, berkata, permohonan fasakh
itu berjaya diperoleh selepas pihak Majlis Agama Islam Songkhla, berpuas
hati dengan keterangan serta bukti diberikannya selepas tragedi 2 Jun
2014 iaitu kejadian dibelasah oleh Awie.
Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014.
"Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014
yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis
Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut
undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit," katanya.
Taklik adalah perjanjian kahwin yang
dibacakan suami secara lisan selepas akad nikah dan mengikut perjanjian
itu, talak seseorang boleh gugur jika berlaku pengabaian tanggungjawab
oleh suami terhadap isteri.
Kata Rozana, permohonan itu dibuat di
pejabat agama Islam berkenaan kerana ia adalah lokasi di mana dia dan
Awie bernikah iaitu pada 20 Jun 2005.
Bagaimanapun pernikahan itu sehingga sekarang gagal didaftarkan di negara ini sehinggalah permohonan cerai tersebut dilakukan.
Tambah Rozana lagi, dengan gugurnya
talak itu, dia mengalu-alukan Awie untuk berjumpa dengan peguamnya iaitu
Jamal Mohd Lokman bagi menyelesaikan beberapa perkara yang perlu.
"Apa yang saya mahu ialah kehidupan
dengan tiga anak saya. Saya juga sudah tiada masa untu memikirkan lagi
perkara-perkara remeh,” kata Rozana.
Malah wanita itu turut menuntut agar
Awie mematuhi arahan mahkamah supaya menyerahkan anak sulung mereka,
Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini berada bersamanya kerana hak penjagaan
sementara diperoleh Rozana pada 27 Januari lalu.
Dua lagi anak mereka iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, berada dalam jagaan Rozana.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana dua
daripada tiga anak saya kini berada bawah jagaan saya. Insya-Allah saya
tidak pernah putus berdoa dan yakin bahawa anak sulung saya iaitu Merrah
yang masih lagi tidak diserahkan kepada saya akan kembali ke pangkuan
saya dan adik-adiknya nanti,” ujar Rozana.
Harap selepas ini masing-masing dapat pikul tanggungjawab bersama untuk membesarkan anak.
Harap selepas ini masing-masing dapat pikul tanggungjawab bersama untuk membesarkan anak.
0 Response to "Cerai Taklik : Saya Bukan Lagi Isteri Awie - Rozana"
Post a Comment